Pengenalan

Alumni Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bekas Pelajar Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak. 20 Oktober 2009 adalah tarikh keramat penubuhan Pasukan Jawatankuasa Protem Persatuan Bekas Pelajar Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak menerusi satu mesyuarat yang telah dijalankan di Perpustakaan IEYD di Damansara Perdana, Selangor hasil cetusan idea barisan pelajar kohort pertama Kolej ini.

Rentetan dari itu, Persatuan Alumni IEYD (No Pendaftaran PPM : 0410-10-SEL) telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor pada 12 Februari 2010 sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang tidak bercirikan keuntungan. Pentadirannya diurus secara sukarela oleh barisan kepimpinan bekas pelajar yang dilantik 2 tahun sekali menerusi Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 30 Mac setiap tahun.

Selaras dengan perkembangan semasa dan penaiktarafan Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak kepada Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, maka pada 9 November 2012 Persatuan Alumni IEYD telah ditukar kepada Persatuan Alumni Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak atau lebih mudah dipanggil dengan nama Alumni KPAKK.

Matlamat Alumni KPAKK

  • Mengurus perkara berkaitan dengan kebajikan ahli yang berdaftar.
  • Menguruskan hal yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti Alumni.
  • Menjalankan aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  • Menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kebajikan ummah selain meningkatkan kepimpinan kendiri serta semangat kenegaraan ahli-ahli Alumni.

Logo Alumni KPAKK

Corak pada logo Alumni KPAKK membawa maksud Alumni percaya bahawa para pendidik yang berilmu, proaktif, kreatif dan inovatif berupaya melestarikan industri pendidikan awal kanak-kanak dengan progresif berdasarkan keperluan dan kesediaan anak-anak didiknya. Pada masa yang sama, Alumni berusaha memartabatkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia selari dengan pembangunan negara serta mampu berdaya saing dengan cabaran globalisasi.

Falsafah Alumni KPAKK

Pemuafakatan Berintegriti

Alumni KPAKK yakin menerusi amalan budaya pemuafakatan secara perkongsian bijak antara Alumni dengan pelbagai pihak berupaya melancarkan pelaksanaan sesuatu program. Walau bagaimanapun, setiap program akan di tadbir urus dengan penuh integriti. Hal ini penting bagi memastikan Alumni sebagai sebuah organisasi sukarela yang berdaya saing.

Pendaftaran Keahlian Alumni KPAKK

Graduan KPAKK yang masih lagi belum mendaftar sebagai ahli Alumni KPAKK, segeralah mendaftar keahlian Alumni KPAKK hari ini juga. Anda boleh muat turun borang Pendaftaran Keahlian Alumni KPAKK di sini.

Hubungi Alumni KPAKK

Untuk keterangan lanjut berkaitan aktiviti atau perancangan terkini Alumni KPAKK, hubungi kami di:

Alumni Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Ground Floor, Season Square, Podium Block,
No 1 Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Emel : alumnikpakk@gmail.com

No Telefon: 012- 304 1162