Kami mempunyai 3 sesi kemasukan dalam setahun iaitu pada bulan Mei, September dan November. Walau bagaimanapun, pelajar yang berminat untuk mendaftar lebih awal, boleh berbuat demikian dan anda berpeluang mengikuti kursus pengenalan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak secara percuma. Hubungi Fasilitator Pendidikan kami untuk keterangan lanjut.
Anda boleh mendaftar secara atas talian dengan memuat turun borang di sini atau hubungi Kolej kami dan bercakap dengan Fasilitator Pendidikan kami hari ini juga.
Sila log masuk ke menu Semak Status Pendaftaran untuk menyemak status pendaftaran atas talian anda atau sila berhubung dengan Fasilitator Pendidikan anda sekiranya anda menghantar permohonan melalui email.
Syarat kemasukan minima ke program Diploma adalah lulus SPM dengan 3 kredit (apa-apa subjek) ATAU mempunyai sijil dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf MQA dan memperoleh minima 1 kredit dalam SPM.
Yuran pengajian untuk program diploma kami adalah sebanyak RM13,100.
Jadual pembayaran yuran pengajian boleh didapati di sini.
Semua pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak kewangan secara tunai atau cek. Pembayaran menggunakan cek hendaklah dibuat atas nama EARLY YEARS DEVELOPMENT SDN BHD (MBB 5627 9550 6257).
Kolej kami hanya menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bakal menawarkan pelbagai program dalam bidang yang sama tidak lama lagi.
Diploma kami telah mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jumlah jam kredit bagi program Diploma kami adalah 93.
Tempoh pengajian bagi pelajar sepenuh masa kami ialah 2 tahun 6 bulan dan melibatkan sebanyak 7 semester manakala tempoh pengajian bagi pelajar separuh masa kami ialah 3 tahun 6 bulan.
Bermula September 2013, Kementerian Pengajian Tinggi tidak lagi membenarkan pindahan kredit.
Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk tidak hadir ke kelas sebanyak 3 kali bagi setiap semester (bagi setiap subjek). Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar mempunyai alasan yang kukuh dan disertakan dengan dokumen sokongan, pelajar dibenarkan untuk tidak hadir lebih dari 3 kali selepas dirujuk dan mendapat kelulusan bahagian Hal Ehwal Akademik.
Terdapat pelbagai kaedah pembiayaan yang disediakan untuk pelajar-pelajar kami antaranya pengeluaran caruman KWSP atau memohon pinjaman PTPTN. Sila rujuk link Bendahari untuk info dan mengetahui kaedah permohonan.
Berikut adalah beberapa senario atau kategori pemohon:
  • Pelajar yang tidak pernah memohon pinjaman PTPTN sebelum ini layak memohon dengan mengisi serta menghantar borang permohonan lengkap kepada pihak HEP.
  • Bagi pelajar yang telah mendapat pembiayaan dan berhenti / tidak menamatkan pengajian perlu menjelaskan pinjaman tersebut sebelum boleh membuat permohonan semula.
  • Bagi pelajar yang telah mendapat pembiayaan dan menamatkan pengajian boleh memohon dengan syarat membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PTPTN (http://www.ptptn.gov.my/web/guest/soalan-lazim) .
Tidak. Pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA dan Politeknik sahaja.
Jumlah PTPTN yang akan diterima oleh setiap pelajar KPAKK ialah RM20,000. Ia boleh menampung yuran pengajian dan yuran asrama pelajar.
Selain melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak membolehkan anda menceburi pelbagai peluang kerjaya antaranya;
  • Pendidik seperti Guru Tadika, Tutor Peribadi, Tutor Pendidikan Khas.
  • Pengasuh Taska dan Penyelia Taska terlatih.
  • Pengusaha Taska, Tadika, Pusat Jagaan Kanak-kanak atau Pusat Perkembangan Kanak-Kanak.
  • Koordinator Program.
  • Penulis dan Pereka Bahan Pembelajaran Kanak-Kanak.
  • Pembantu Penasihat Hiasan Dalaman Taska/Tadika.
  • Pembantu Penyelidik di Agensi Bukan Kerajaan dalam PAKK.
  • Penasihat dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan Taska/Tadika.
Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak beroperasi di Damansara Damai, Selangor dan Bukit Merah, Perak.
Kampus Damansara Damai berhampiran dengan perhentian bas dan perhentian komuter. Bagi Kampus Bukit Merah pula, perjalanan ke Perhentian Kamunting mengambil masa selama 30 minit kerana lokasi kampus ini adalah di dalam Bukit Merah Laketown Resort.
Kami menawarkan 3 mod pengajian di kolej ini iaitu;
  • Sepenuh Masa : Kohort A- Isnin hingga Jumaat.
  • Sepenuh Masa : Kohort B- Jumaat hingga Ahad.
  • Separuh Masa : Kohort C- Kursus dalam Cuti Sekolah.
Kelas di sebelah malam adalah tertakluk kepada pensyarah dan subjek yang ditawarkan bagi setiap semester. Kemungkinan untuk anda terlibat dalam kelas di sebelah malam itu ada.
Kolej kami menyediakan pelajar dengan pendekatan yang berbeza bagi setiap subjek. Kebanyakan dari sesi kuliah pula berpusatkan aktiviti atau hands-on serta kerja lapangan.
Bahasa Malaysia adalah bahasa perantaraan di dalam kelas.
Nota kuliah pensyarah hanya akan diberikan sekiranya perlu.
Kolej diperlengkapkan dengan kemudahan terbaik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar-pelajar kami. Slik klik di sini untuk melihat kemudahan-kemudahan yang tersedia di Damansara Damai dan di sini untuk Bukit Merah.
Kemudahan asrama disediakan di kedua-dua buah kampus kami. Yuran bulanan asrama di Damansara Damai adalah sebanyak RM260 manakala RM170 bagi Bukit Merah.
Damansara Damai - asrama adalah di Kondominium One Damansara yang terletak di bahagian atas Kolej. Bukit Merah - asrama terletak di bahagian atas Kolej.
Pelajar perlu berada di dalam kawasan asrama sebelum pukul 10.00 malam dan pelajar tidak akan dibenarkan keluar selepas waktu itu. Pelajar yang didapati pulang lewat atau keluar asrama lebih dari waktu yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan disiplin.
Kemudahan pengangkutan hanya disediakan bila mana pelajar mempunyai aktiviti luar sahaja. Permohonan pengangkutan boleh dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
i-play to lead council berfungsi sebagai majlis perwakilan pelajar yang bertindak memimpin dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pelajar yang direalisasikan melalui 4 kelab dibawahnya. Makluman lanjut berkaitan kelab dan aktiviti pelajar boleh diperolehi di sini.
Pelajar akan menjalani latihan praktikum setelah selesai mengambil dan lulus semua subjek yang ditawarkan ke atasnya iaitu melengkapkan 89 kredit (+4 kredit bagi praktikum).
Pihak Kolej perlu memastikan semua pelajar ditempatkan di pusat praktikum yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Namun, pelajar dibenarkan untuk memilih pusat praktikum masing-masing. Tetapi pelajar tersebut perlu memastikan pusat tersebut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan Jabatan Makmal, Praktikum dan Latihan.
Staf Kolej akan memberikan bantuan kepada semua pelajar. Sila hubungi staf atau jabatan berkenaan sekiranya anda menghadapi sebarang permasalahan. Senarai staf boleh didapati di sini.