Puan Hajjah Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal

Chief Executive Officer

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda semua.

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak telah ditubuhkan hasil dari cetusan idea mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada golongan yang kurang berkemampuan. Saya membayangkan seorang kanak-kanak dari kawasan pedalaman dapat diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang boleh memupuk nilai dan sikap kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang berkemahiran serta berperwatakan untuk menjadi pemimpin negara satu hari kelak.

Justeru itu, adalah menjadi fokus utama kami sejak tahun 2006 untuk menubuhkan pasukan pakar dalam merangka kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan mengambil tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Di sini, kami percaya pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula dengan pendidik yang berkualiti.

Harapan kami di sini adalah untuk memberi pengetahuan, latihan dan pengalaman pendidikan yang relevan dengan keperluan pendidikan awal kanak-kanak, diperolehi pada kadar bayaran yang berpatutan serta mampu membentuk pendidik yang berkualiti dan mempunyai kecekapan pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dan yang masih meneruskan perjuangan. Adalah diharapkan agar semua pelajar sentiasa komited dalam pembelajaran dan sentiasa berusaha mencapai segala cita-cita yang diilhamkan.