Rasional Logo

Penggunaan lambang yang di dalamnya terdapat blok-blok abjad, topi mortar dan corak buku terbuka dengan perkataan 'Kepimpinan' serta tanda infiniti di bawahnya adalah bertepatan dengan usaha untuk memperkenalkan objektif kolej dengan lebih jelas.

Blok-blok abjad melambangkan fokus utama Kolej dalam perkembangan kanak-kanak di peringkat awal.

Topi mortar melambangkan graduan-graduan Kolej yang berpengetahuan, berkemahiran serta berkelayakan tinggi.

Corak buku terbuka dengan perkataan 'Kepimpinan' serta tanda infiniti di bawahnya menandakan ontologi Kolej untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang berperwatakan dan berkemahiran tinggi. Perkataan 'Kepimpinan' melambangkan nilai dan kemahiran sebagai seorang pemimpin yang ditanamkan dalam diri setiap pelajar dari mula mereka menjejakkan kaki di Kolej ini sehingga akhirnya agar graduan-graduan dari Kolej ini nanti mampu mendidik kanak-kanak yang bakal memimpin masa hadapan. Ianya sangat bertepatan bagi seorang pendidik yang ingin mendidik pemimpin masa hadapan supaya memiliki nilai dan kebolehan yang sama serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyerapkan segala elemen-elemen ini dalam diri kanak-kanak. Corak infiniti pula melambangkan usaha dalam menimba ilmu yang tiada noktahnya.

Corak daun serangkai pada bawah lencana melambangkan aspek kecemerlangan Kolej dalam mencapai segala matlamat dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar-pelajar yang berpusatkan pengalaman pembelajaran secara hearts-on, mind-on dan hands-on.

Definisi Warna Logo

  • Biru melambangkan cabang Pendidikan yang sangat ditekankan di Kolej ini.
  • Warna merah melambangkan falsafah Kepimpinan Kolej ini.
  • Warna emas melambangkan nilai-nilai utama yang diterapkan di Kolej ini.
  • Warna coklat membawa maksud pertumbuhan dan perkembangan kolej yang lebih matang.