Perpustakaan Wan Nong mengandungi lebih 2000 judul koleksi bahan-bahan terkini untuk tujuan rujukan penggunanya. Koleksi kami terdiri daripada buku teks utama, bahan bacaan umum, koleksi buku cerita kanak-kanak, novel dan majalah.

Perpustakaan ini turut berdaftar dengan Bahagian Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia dan memuatkan pelbagai koleksi buku tambahan dari pelbagai genre.

Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Wan Nong :

  • Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku.
  • Ruang bacaan yang selesa.
  • Bilik perbincangan untuk kemudahan pelajar berbincang dalam kumpulan kecil.
  • Sudut kanak-kanak yang dilengkapi bahan bacaan dan alat mainan.
  • Sudut komputer berinternet dan turut dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi.

Koleksi perpustakaan:

  • Buku (koleksi terbuka)
  • Majalah
  • Rujukan
  • Fiksyen
  • Koleksi kanak-kanak
  • Akses kepada Perpustakaan Digital (e-book), Perpustakaan Negara Malaysia

Setiap bulan, Perpustakaan menjalankan Sesi Bercerita interaktif yang melibatkan anak-anak berusia dari 4 hingga 6 tahun dari Taska/Tadika terpilih. Taska/Tadika yang berminat untuk menyertai sesi ini, sila hubungi pustakawan kami di talian 03-61560230.

Perpustakaan Angkat Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Wan Nong merupakan perpustakaan angkat kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Pelancaran perpustakaan angkat ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato‘ Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah PNM pada 28 Mei 2013. Pada majlis pelancaran yang sama, pihak e2L turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama PNM yang diberi nama Program PNM i-play.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Menyemai minat kanak-kanak untuk menggunakan masa secara berkualiti.
  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat untuk kanak-kanak berkembang dan belajar melalui bermain.
  • Menyediakan aksesibiliti kepada bahan pembelajaran yang berkualiti kepada kanak-kanak terutama mereka yang tinggal di desa atau pedalaman.
  • Menjadikan perpustakaan sebagai hab ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat.

Perpustakaan Wan Nong Damansara Damai kini telah meluaskan perkhidmatannya kepada masyarakat umum sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat kami. Sila kunjungi perpustakaan kami pada hari dan waktu yang dinyatakan di bawah.

Waktu Operasi

Damansara Damai

Isnin hingga Jumaat:
8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu:
9.00 pagi - 5.00 petang
Ahad & Cuti Umum:
Tutup

Bukit Merah

Isnin - Jumaat:
9.00pg - 1.00ptg,
2.00ptg - 5.30ptg
Sabtu, Ahad & Cuti Umum:
Tutup