Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai “i-play 2 lead Council” merupakan sekumpulan pelajar yang bertindak menyokong pihak pengurusan Kolej terutama HEP dalam menyampaikan informasi penting serta menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar. Nama i-play 2 lead Council ini diilhamkan daripada konsep i-play 2 lead yang diperkenalkan di KPAKK. Ia bertindak menyokong pembentukan perwatakan dan kemahiran pelajar KPAKK agar mampu menjadi pemimpin masa hadapan yang mempunyai perwatakan dan kemahiran i-play.
i-play 2 lead Council ini juga memantau serta memastikan aktiviti-aktiviti kelab berjalan dan mampu menggalakkan aktiviti berpersatuan di kalangan pelajar-pelajar KPAKK. 4 kelab di bawah i-play 2 lead Council adalah

Kelab i-am i-can yang diuruskan oleh Exco i-am i-can ditubuhkan bagi membudayakan cara hidup yang aktif di kalangan para pelajar Kolej.
Kelab i-biz yang diuruskan oleh Exco Keusahawanan bertindak menyokong dan menjana kewangan Majlis Perwakilan Pelajar serta mewujudkan kerjasama antara Kelab agar semua perancangan aktiviti atau program yang melibatkan kos perbelanjaan yang besar dapat direleasasikan dengan baik dan mudah.
Kelab i-culture adalah kelab yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat kebudayaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Kelab i-tech yang disertai oleh Exco Media & ICT membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dalam program yang dijalankan bersesuaian dengan arus perkembangan semasa.

Perancangan Aktiviti Tahunan i-play 2 lead Council bagi sesi Mei- Disember 2013

Mei 2013 Hari Pendaftaran Kelab
Ceramah Motivasi
i-play 2 lead Council
Unit Kaunseling
Jun 2013 Ceramah Motivasi
Majlis Apresiasi Pendidik 2013
Unit Kaunseling
i-play 2 lead Council
Julai 2013 Hari Sukan KPAKK
Buletin ‘Suara KPAKK’
Kelab i-am i-can
Kelab i-tech
Ogos 2013 Hari Keusahawanan KPAKK
Pentas Pencarian Bakat KPAKK
Kelab i-biz
Kelab i-culture
September 2013
Cuti Semester
Oktober 2013 Produksi Teater Kanak-Kanak Kelab i-am i-can dan Kelab i-culture
November 2013 Karnival KPAKK i-play 2 lead Council, Kelab i-am i-can, Kelab i-biz, Kelab i-culture dan Kelab i-tech
Disember 2013 Program Pertukaran Pelajar ke Kampus Bukit Merah
Buletin ‘Suara KPAKK’
i-play 2 lead Council
Kelab i-tech

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh i-play 2 lead Council ialah

  • Pameran Seronoknya Sains
  • Kejohanan Futsal 2013
  • Malam Apresiasi Pendidik
  • Minggu Orientasi Pelajar
  • Pesta Zaman Berzaman
  • Sesi Bercerita Bersama Kanak-Kanak
  • Karnival Usahawan Muda

Sila ke galeri kami untuk melihat koleksi gambar aktiviti pelajar-pelajar KPAKK