Kenyataan Visi

KPAKK sangat komited untuk melahirkan guru dan pengasuh yang berpengetahuan tinggi serta mempunyai kemahiran untuk mengembangkan minda kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Di sini, kami berusaha melahirkan seorang pendidik yang penyayang, bertenaga, kreatif serta mampu menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Kenyataan Misi

Demi mencapai visi kami, KPAKK perlu:

  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di mana pelajar boleh menerokai dan mendalami tanggungjawab mereka sebagai seorang guru dan pengasuh TASKA/TADIKA.
  • Menyediakan kurikulum yang berkualiti dan menepati profesion seorang pendidik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Memperluaskan imej kolej kepada satu tahap yang lebih tinggi demi mencapai kualiti pelajar dari dalam dan luar negara.
  • Memastikan budaya keusahawanan dalam sesebuah organisasi adalah pada tahap terbaik dan setaraf dengan peredaran pasaran masa kini.
  • Meningkatkan hubungan antara ahli akademik, pengusaha TASKA, pihak berkuasa tempatan serta rakan-rakan kongsi perniagaan.