Dasar Privasi

Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Educate to Learn Sendirian Berhad (e2LSB) dan syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Early Years Development Sendirian Berhad (EYDSB), Total Genius Sendirian Berhad (TGSB) dan Intelect Enhance Sendirian Berhad (IESB) (dirujuk secara kolektif sebagai “Kumpulan e2L” atau “kami”) mengumpul, menyimpan, dan mengendali maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia.

Sila baca Penyataan Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Penyataan Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Penyataan Privasi ini.