English | Bahasa Melayu

Diploma

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Damansara Damai:
No. Rujukan MOHE: KPT(JPS)600-03/958(18))
No. Rujukan MQA: A7116

Bukit Merah:
No. Rujukan MOHE: A/4/P/3023
No. Rujukan MQA: PA 2154

Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bilangan pelajar yang kecil dalam setiap kelas di KPAKK bertujuan untuk mengekalkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Metodologi pengajaran meliputi kuliah, tutorial, main peranan, persembahan, kerja lapangan, kajian kes dan kesepaduan kemahiran menerusi penerokaan.

Tempoh Pengajian

Sepenuh Masa- 30 bulan

  • KOHORT A: (Isnin - Jumaat)
  • KOHORT B: (Jumaat - Ahad)

Kelayakan Masuk

  • SPM/SPMV (lulus dengan minima 3 kepujian)
  • Kelulusan yang setaraf dengannya

Pengambilan:

  • April dan September

Laluan Kerjaya:

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan mahupun di luar negara. Kelayakan ini juga membolehkan graduan berpeluang menceburi pasaran kerja yang berkembang pesat dalam industri ini seperti pendidik, pengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak, profesional dalam pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kanak-kanak dan keluarga.

Download Student Application Form

Kursus Yang Ditawarkan

Diploma ini merangkumi:

  1. Subjek MQA : 3
  2. Subjek Teras : 12
  3. Subjek Pilihan Wajib: 11
  4. Subjek Elektif Teras: 1 + 1
  5. Pratikum: 8 minggu ( 4 minggu di Taska + 4 minggu di Tadika)
Mata Pelajaran Kod
Bahasa Kebangsaan MPW 1113
Pengajian Malaysia MPW 1133
Pengajian Islam (Pelajar Muslim) MPW 1143
Pendidikan Moral (Pelajar Bukan Muslim) MPW 1153
Perundangan dlm Pengasuhan & PAK DTM 200
Kemahiran Berfikir DTM 201
English for Oral and Written Communication Skill DTM 202
Asas ICT dan Pengurusan Sumber PAK DTM 203
Bina Insan Guru DTM 204
Falsafah Pendidikan Dan PAK DTM 300
Pedagogi Pendidikan Awal Kanak-Kanak DTM 301
Perkembangan Kanak-Kanak DTM 302
Bimbingan Dan Kaunseling Untuk PAK DTM 303
Pemerhatian Dan Penilaian PAK DTM 304
Sosiologi Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak DTM 305
Pendidikan Khas utk Kanak-Kanak Istimewa DTM 306
Pengurusan Dan Pentadbiran Pusat PAK DAM 401
Perkembangan Sosio-Emosi Knk2 Untuk PAK DAM 402
Perkembangan Kerohanian (PI / M) DAM 403
Perkembangan Fizikal Dalam PAK DAM 404
Kemahiran Komunikasi Dan Literasi (BM) DAM 405
Kemahiran Komunikasi Dan Literasi (BI) DAM 406
Awal Sains Dalam PAK DAM 407
Awal Matematik Dalam PAK DAM 408
Muzik Dalam PAK DAM 409
Seni dan Kraf dalam PAK DAM 410
Perkongsian Ibu Bapa dalam PAK DAM 411
Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Kanak2 DEM 501
Amalan Makan dan Pemakanan Awal Kanak2 DEM 502
Main Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak DEM 503
Asas Pendidikan Keusahawanan DEM 504
Latihan Praktikum DPR 001