English | Bahasa Melayu

Tentang Kami

Pengenalan

Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak diasaskan pada 2005 dengan tujuan membekalkan latihan berkualiti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang ditawarkan di sini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang baru meninggalkan alam persekolahan, tetapi juga untuk mereka yang berminat mendalami bidang ini, termasuk guru, pengasuh, ahli pertubuhan bukan kerajaan, kakitangan kerajaan, lebih-lebih lagi ibu bapa yang mahukan pengasuhan terbaik untuk anak-anak mereka.

Sebagai pusat pakar dalam bidang latihan dan pendidikan awal kanak-kanak, KPAKK menumpukan usaha memberi latihan dan kemudahan terbaik untuk pengasuh yang bakal mencorak kanak-kanak di masa hadapan.

Kursus yang diperkenalkan adalah berasaskan kajian dari dalam dan luar negara yang menepati prinsip, keperluan nilai dan kebudayaan tempatan. Seiring dengan misi kami untuk memberi program pengasuhan kanak-kanak yang berkualiti, kami menawarkan pakej dan harga yang amat kompetitif. Jurulatih kami juga terdiri daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kesimpulannya, kami berhasrat untuk melahirkan pendidik yang sangat berkelayakan, mahir dan bersifat keibuan, selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Kekuatan Kami

  1. Sebuah persekitaran bermasyarakat.
  2. Dilengkapi kemudahan bertaraf moden.
  3. Mod pengajian yang mudah suai dan menyediakan rintis kerjaya yang sangat jelas.
  4. Saiz pelajar yang kecil bagi sesebuah kelas dapat menjamin keberkesanan pengajaran.
  5. Pensyarah yang berkelayakan dengan pengalaman kerja yang luas dari pelbagai lapangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
  6. Kolej mengambil berat dalam mengetahui semua nama pelajar dan menyediakan mereka persekitaran pembelajaran yang terbaik.
  7. Kandungan kursus yang digubal mengikut kehendak pasaran memudahkan pelajar meneruskan kerjaya mereka ke mana-mana sahaja.
  8. Kolej memastikan yuran yang dikenakan tidak membebankan.
  9. Kolej terletak di kawasan yang strategik iaitu di Damansara yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perhubungan awam yang moden.
  10. Kolej menyediakan pelbagai kemudahan sokongan kepada pelajarnya.