: 1-300-22-(KPAKK)-57255
  • ms  Melayu
  • Utama
  • Korporat
    • Salam Daripada Ketua Eksekutif
    • Lembaga Akademik
    • Kenyataan Visi & Misi
    • Kumpulan Kami
    • Rasional Logo
    • Dasar Privasi
    • Kerjaya
  • Akademik
    • Kursus Diploma
    • Kursus Ijazah
    • Hal Ehwal Pelajar
    • Hal Ehwal Akademik
    • Bendahari
    • Makmal, Praktikum & Latihan
    • Perpustakaan Wan Nong
    • Fasiliti
    • Jadual Kelas
  • Kakitangan
    • Portal Kakitangan
    • Sistem KOHA
  • Pelajar
    • Majlis Perwakilan Pelajar
    • Pendaftaran Pelajar Baru
    • Semakan Status Pendaftaran
    • Portal Pelajar
    • eBrary Online
    • Portal Perpustakaan (OPAC)
  • Alumni
    • Tentang Alumni
  • Media
    • Album Gambar
    • Rakaman
    • Arkib Berita
  • Artikel
  • Hubungi Kami
    • Direktori Kolej
    • Kampus KPAKK
    • Soalan Lazim
    • Pertanyaan Online

ADA PERTANYAAN?

Tanya Kami

Terima kasih untuk minat anda dengan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sila guna borang ini jika anda ada soalan dan kami akan menjawab anda secepat mungkin.







: 1-300-22-(KPAKK)-57255
  • ms  Melayu

ADA PERTANYAAN?

Tanya Kami

Terima kasih untuk minat anda dengan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sila guna borang ini jika anda ada soalan dan kami akan menjawab anda secepat mungkin.






  • Utama
  • Korporat
    • Salam Daripada Ketua Eksekutif
    • Lembaga Akademik
    • Kenyataan Visi & Misi
    • Kumpulan Kami
    • Rasional Logo
    • Dasar Privasi
    • Kerjaya
  • Akademik
    • Kursus Diploma
    • Kursus Ijazah
    • Hal Ehwal Pelajar
    • Hal Ehwal Akademik
    • Bendahari
    • Makmal, Praktikum & Latihan
    • Perpustakaan Wan Nong
    • Fasiliti
    • Jadual Kelas
  • Kakitangan
    • Portal Kakitangan
    • Sistem KOHA
  • Pelajar
    • Majlis Perwakilan Pelajar
    • Pendaftaran Pelajar Baru
    • Semakan Status Pendaftaran
    • Portal Pelajar
    • eBrary Online
    • Portal Perpustakaan (OPAC)
  • Alumni
    • Tentang Alumni
  • Media
    • Album Gambar
    • Rakaman
    • Arkib Berita
  • Artikel
  • Hubungi Kami
    • Direktori Kolej
    • Kampus KPAKK
    • Soalan Lazim
    • Pertanyaan Online
21 Sep

BBM untuk Guru Pelatih PAKK

Oleh : Noorfarahin Bt Muhamad Fadzil

Proses pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal usia perlu mempunyai alat rangsangan bagi membolehkan mereka melalui proses pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran memerlukan rangsangan sama ada dalam bentuk material atau bukan material. Rangsangan yang diterima daripada persekitaran akan membentuk suatu pengetahuan dan pengalaman. Menjadi peranan guru dalam menentukan sumber pengajaran kepada kanak-kanak. Salah satu sumbernya adalah daripada bahan bantu mengajar (BBM) yang mampu merangsang kanak-kanak kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru memainkan peranan penting dalam membuat perancangan, pemilihan, penggunaan dan penyesuaian bahan bantu mengajar yang membantu proses pengajaran kerana hal ini mempengaruhi kanak-kanak dalam memberi tindakbalas hasil proses PdP yang dilaksanakan.

Guru pelatih perlu kreatif dalam menyediakan BBM bagi menarik minat kanak-kanak. Proses perancangan BBM perlu bersesuaian dengan tujuan pengajaran supaya dapat menyokong pembelajaran kanak-kanak. Perancangan ini dapat menentukan bahawa kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan BBM tersebut mengikut keperluan PdP. Guru pelatih perlu mengambil kira aspek perkembangan kanak-kanak seperti umur, kebolehan dan kesediaan semasa merancang BBM yang bermakna kepada kanak-kanak.

Pemilihan BBM adalah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak supaya selaras dengan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan BBM yang dipilih. Di samping itu, pemilihan BBM perlu diutamakan daripada aspek kebersihan dan keselamatan kanak-kanak. Contohnya BBM adalah tidak tajam, patah dan kotor. BBM yang dalam keadaan tidak selamat akan membahayakan kanak-kanak sama ada daripada aspek kesihatan atau keselamatan. Pemilihan BBM yang baik bukan sahaja dapat menggembirakan kanak-kanak tetapi dapat merangsang dan meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Penggunaan BBM merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru pelatih bagi menyediakan BBM sebelum memulakan proses PdP dengan kanak-kanak. Penggunaan BBM perlu mempunyai ciri-ciri seperti boleh digunakan secara berulang-kali. Ciri ini supaya BBM yang digunakan oleh kanak-kanak mempunyai banyak tujuan dan faedah kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Semasa kanak-kanak menggunakan BBM tersebut kemahiran berfikir kanak-kanak dapat dirangsang bagi menjana idea dan menggalakan kanak-kanak membuat penerokaan  berfikir secara kritis dan kreatif. Contohnya penyediakan BBM seperti lego boleh dipelbagaikan tujuan penggunaan seperti membantu kanak-kanak merekabentuk objek mengikut imaginasi, mengira, mengelaskan warna dan sebagainya.

Penyesuaian BBM juga perlu diambil kira oleh guru pelatih, hal ini supaya BBM yang dirancang, dipilih dan digunakan menepati tema dan objektif pengajaran. BBM tersebut perlu mempunyai perkaitan dengan topik pengajaran dan membantu pencapaian objektif pengajaran. Proses ini secara tidak langsung akan membantu kanak-kanak membuat hubungkait, mengalami dan mengaplikasi BBM tersebut semasa proses PdP dilaksanakan.

BBM merupakan sumber pengajaran yang amat penting dalam merangsang perkembangan kanak-kanak disamping menarik minat kanak-kanak untuk fokus kepada proses PdP. BBM yang kreatif membantu kanak-kanak untuk meneroka supaya lebih memahami isi pelajaran. Peluang untuk meneroka hendaklah disediakan oleh guru pelatih supaya kanak-kanak bebas untuk memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Penyediaan BBM yang mencabar minda kanak-kanak sangat digalakkan untuk membantu kanak-kanak menjadi lebih inovatif.

Penyediaan BBM oleh guru pelatih pendidikan awal kanak-kanak juga perlu mengutamakan bahawa BBM tersebut boleh membantu kanak-kanak mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang disasarkan melalui aktiviti yang dilaksanakan berbantukan BBM yang digunakan. Tahap kefahaman dan kemahiran yang diperolehi kanak-kanak  semasa menggunakana BBM yang disediakan oleh guru pelatih proses dalam PdP perlu diperhatikan supaya kanak-kanak dapat mengaitkan BBM dengan isi pelajaran.

Menggunakan bahan kitar semula sebagai BBM. Penyediaan BBM oleh guru pelatih boleh diggalakan menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, tin, kotak dan sebagainya. Bahan-bahan ini merupakan bahan mesra alam yang boleh diadaptasikan dalam bentuk BBM yang sangat kreatif dan menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan kitar semula dapat mencungkil kemahiran kreativiti guru pelatih dalam menghasilkan BBM yang kreatif dan berinovasi.

Bahan bantu mengajar untuk aktiviti main

Penghasilan BBM yang kreatif menggunakan bahan kitar semula

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
G-9-01 Block G Neo Damansara, Jalan PJU 8/1,
Damansara Perdana,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255
Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600
Kolej Perkembangan Awal Kanak- Kanak © 2014. Hak Cipta Terpelihara.