Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Damansara Damai:
No. Rujukan JPT:
KPT(R/143/4/0014)07/16
No. Rujukan MQA: A 7116

Bukit Merah:
No. Rujukan JPT:
A/4/P/3023
No. Rujukan MQA: PA 2154

Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bilangan pelajar yang kecil dalam setiap kelas di KPAKK bertujuan untuk mengekalkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Metodologi pengajaran meliputi kuliah, tutorial, main peranan, persembahan, kerja lapangan, kajian kes dan kesepaduan kemahiran menerusi penerokaan.

Tempoh Pengajian

Sepenuh Masa - 2 Tahun 6 Bulan

  • KOHORT A: (Isnin - Jumaat)
  • KOHORT B: (Jumaat - Ahad)

Separuh Masa - 3 Tahun 6 Bulan

  • KOHORT C: (Kursus Dalam Cuti)

* Tempoh pengajian tertakluk kepada perubahan cuti sekolah yang telah ditetapkan

Kelayakan Masuk

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran ATAU
  • Lulus Sijil dalam bidang berkaitan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK minimum 2.00 ATAU
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian

Jumlah kredit: 93 kredit

Modul

  • Subjek MQA: 9 kredit
  • Subjek Teras Major: 36 kredit
  • Subjek Asas Major: 33 kredit
  • Subjek Elektif Major: 11 kredit
  • Praktikum: 4 kredit

Pengambilan

  • Mac, Mei dan Oktober.
  • Pelajar yang berminat untuk mendaftar lebih awal boleh berbuat demikian dan anda berpeluang mengikuti kursus pengenalan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak secara percuma.

Laluan Kerjaya

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan mahupun di luar negara. Kelayakan ini juga membolehkan graduan berpeluang menceburi pasaran kerja yang berkembang pesat dalam industri ini seperti pendidik, pengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak, profesional dalam pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kanak-kanak dan keluarga.