Terima kasih untuk minat anda dengan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sila guna borang ini jika anda ada soalan dan kami akan menjawab anda secepat mungkin.
Terima kasih untuk minat anda dengan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sila guna borang ini jika anda ada soalan dan kami akan menjawab anda secepat mungkin.
Latar Belakang
Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) KPAKK sangat komited dalam memastikan hala tuju jabatan adalah seiring dan selari dengan misi dan visi Kolej.
Pegawai-pegawai HEA kami berpengalaman dan sangat komited memastikan suasana pembelajaran di dalam kelas adalah kondusif dalam mendidik serta mencorak bakal guru pendidikan awal kanak-kanak yang terlatih.
Tanggungjawab HEA
Menguruskan pendaftaran akademik.
Menyediakan kalendar akademik.
Pindahan atau pengecualian kredit.
Mengawal selia perjalanan minggu peperiksaan dan keputusan peperiksaan.
Memastikan keadaan kelas, makmal komputer dan dewan sentiasa dalam keadaan baik.
Berhubung rapat dengan pendaftar, ketua akademik, pensyarah, jabatan hal ehwal pelajar serta jabatan lain dalam mentadbir program yang ditawarkan.
Memastikan semua dasar akademik di KPAKK mematuhi piawaian standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).